Ikuti Kami:

“Tinggi Kena Lebih 180cm” – Impian Tercapai! Lee Jaewook Penuhi Kriteria Lelaki Idaman Karina aespa

“Tinggi Kena Lebih 180cm” – Impian Tercapai! Lee Jaewook Penuhi Kriteria Lelaki Idaman Karina aespa

Selepas mengaku dirinya sedang bercinta, video lama Karina aespa mengenai ciri-ciri lelaki idamannya kembali tular.

Sebelum ini, ketika Karina membuat penampilan di dalam rancangan “Knowing Bros” pada Jun tahun lalu, dia telah menerangkan ciri-ciri lelaki idamannya.

Katanya,

Saya suka lelaki yang mempunyai senyuman yang manis, tangan dan kaki yang besar, tinggi mesti melebihi 180cm, sopan, tidak merokok dan seorang yang nampak kacak dengan rambut hitam serta apabila menggayakan pakaian berwarna biru.

karina-knowing-bros

Tambahnya,

Tetapi sejujurnya, bagi saya personaliti seseorang itu lebih penting daripada rupanya.

Selepas berita mengenai hubungan percintaannya tular, netizen lantas mengatakan bahawa Lee Jae-wook telah memenuhi kesemua ciri-ciri lelaki yang disukai oleh ahli kumpulan aespa tersebut.

Dengan berketinggian melebihi 187cm, mempunyai rambut hitam lebat serta susuk tubuh yang sasa, Karina akhirnya telah menjumpai lelaki idaman yang sepadan dengan kriteria yang disebutnya.

lee-jae-wook

Nak juga lelaki macam Lee Jae-wook..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...