Tinggal Satu Episod, ‘Bad And Crazy’ Catat Rating Terendah Sepanjang Tayangan
- oleh irsa
- 4 tahuns lalu
Rasa sebentar sahaja, namun “Bad And Crazy” bakal menayangkan episod terakhirnya pada minggu hadapan.
Sentiasa mengekalkan rating 3% ke 4%, walaubagaimanapun, drama itu menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan sejak beberapa episod ini.
Terbaru dalam episod ke-15, “Bad And Crazy” hanya mampu berpuas hati dengan catatan rating 2.390% iaitu merupakan angka terendah yang pernah dicatatkan sepanjang tayangannya.

Menurut respon penonton, drama ini mempunyai persaingan yang sukar memandangkan ia ditayangkan bersama drama popular lain seperti “Tracer”, “Snowdrop” dan “Through The Darkness”.
Untuk pengetahuan, “Bad And Crazy” mengisahkan protagonis yang menjalani kehidupannya sebagai detektif yang materialistik. Namun pada suatu hari, dia bertemu seorang adiwira yang menentang korupsi dalam institusi kepolisan bernama ‘K’. Ianya diterajui oleh Lee Dong-wook, Wi Ha-joon, Han Ji-eun dan Cha Hak-nyeon.
Apa pula pendapat anda?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




