Ikuti Kami:

Tinggal Komen Buruk Pada IU, Individu Dihukum Penjara & Jalani Khidmat Masyarakat

Tinggal Komen Buruk Pada IU, Individu Dihukum Penjara & Jalani Khidmat Masyarakat

Artis Korea sememangnya terpaksa melayan tohmahan netizen meskipun antara tduhan mereka tidak berasas dan berniat buruk.

Terbaru, EDAM Entertainment mendedahkan bahawa individu yang meninggalkan komen buruk buat IU telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 bulan dengan tempoh percubaan 2 tahun.

Menurut laporan itu, ‘A’ menulis komen buruk pada entri IU berbelas kali di Internet sejak 2019. Kata agensi,

Kami bekerjasama dengan agensi penyiasatan dalam masa yang lama untuk menangkan pelaku itu. Kami mengenal pasti identiti pesalah dan menjelaskan semua kesalahannya.

iu

Kesemua kesalahan ‘A’ termasuklah tuduhan kebencian dan penghinaan telah diperakui dan hakim mengatakan bahawa tindakan itu sangat jahat dan menjatuhkan hukuman 8 bulan dalam penjara dengan 2 tahun tempoh percubaan. ‘A’ juga perlu menjalani 180 jam khidmat komuniti dan 40 jam syarahan keganasan seksual. Jikalau ‘A’ berterusan melakukan jenayah selepas hukuman ini, dia mungkin akan dikenakan hukuman lebih berat.

Dalam pada itu, seorang individu lain yang meninggalkan komen buruk turut akan dihadapkan ke pengadilan tak lama lagi.

Entri palsu dan buruk mengenai IU acap kali dimuat naik di pelbagai komuniti tanpa nama.

iu

Tambah mereka lagi,

Kini, identiti pelaku telah dikenal pasti dan satu siasatan sedang dijalankan. Kami akan mencuba terbaik untuk mengelakkan kerosakan berterusan. Tiada persetujuan mahupun kelonggaran.

Nasiblah..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...