Ikuti Kami:

Tinggal Dua Episod Sahaja Lagi, Pelakon Utama Beri Klu Kesudahan ‘The World Of The Married’

Tinggal Dua Episod Sahaja Lagi, Pelakon Utama Beri Klu Kesudahan ‘The World Of The Married’

Hanya tinggal lagi dua episod, penonton dah tak sabar nak saksikan kesudahan drama “The World Of The Married” yang penuh dengan persoalan ini. Tapi sebelum itu, para pelakon utama naskhah ini telah memberikan sedikit ‘hint’ mengeani dua episod akhir tersebut.

Kim Hee-ae mendedahkan bahawa hubungan dramatik Ji Sun-woo dan Lee Tae-oh tidak boleh dijangka sehinggalah ke penghujungnya.

Sun-woo dan Tae-oh yang mengekalkan hubungan pahit di mana mereka tidak boleh melepaskan diri daripada satu sama lain. Nantikan apakah kesudahan pasangan bekas suami isteri ini yang hubungannya dipenuhi dengan benci dan juga cinta.

Perubahan di antara mereka berlaku disebabkan keadaan yang memaksa dan perasaan kedua-duanya akan kekal tidak menentu sehingga ke akhirnya. Karakter di sekeliling Ji Sun-woo dan Lee Tae-oh juga akan melalui kisah mereka sendiri. Saya harap semua terhibur apabila menonton episod akhir nanti dan ‘tenggelam’ dengan pilihan yang dibuat oleh semua

kim heeae the world of the married

Park Hae-joon pula memberi klu bahawa episod terakhir nanti akan dipenuhi dengan aksi. Apa?

Perkara penting yang perlu diperhatikan oleh penonton ialah apakah mesej yang ingin disampaikan olehnya. Sila terus memerhatikan apa yang terjadi pada luka emosi pada setiap karakter pada penghujungnya.

park haejoon the world of the married

Han So-hee pula meminta penonton supaya melihat apa yang diperolehi dan apa yang hilang selepas ribut taufan ini. Termasuklah apa yang kekal sama pada semua karakter dalam naskhah ini.

han sohee the world of the married

Selepas mendengarkan ‘hint’ yang diberikan oleh setiap watak utama ini, rasa makin tidak sabar untuk menyaksikan episod akhir “The World Of The Married”.

Jangan lupa temu janji bersama drama ini buat kali terakhirnya pada 15 dan 16 Mei teapt jam 10.50 malam (waktu tempatan Korea).

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...