Ikuti Kami:

Tinggal 2 Episod, Rating ‘Crazy Love’ Makin Meningkat

Tinggal 2 Episod, Rating ‘Crazy Love’ Makin Meningkat

Ramai tau sebenarnya peminat K-Drama yang suka menonton drama bergenre komedi romantik.

Antara naskhah yang menampilkan plot berkenaan kini ialah “Crazy Love” di mana ia membawa kisah seorang CEO yang berpura-pura hilang ingatan kerana dikejar seorang pembunuh ‘bercinta’ dengan setiausahanya yang kononnya menghidap kanser tahap kritikal.

Sudah memasuki 14 episod, drama lakonan Kim Jae-wook dan Krystal ini sebenarnya kurang mendapat sambutan pada awalnya. Bahkan ratingnya hanya mampu berlegar-legar di sekitar 1% ke 2% sahaja selama beberapa episod.

kbs crazy love

Walau bagaimanapun, “Crazy Love” menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan apabila esido kebelakangan ini menaik ke 3% sebelum mencatatkan rating tertinggi sepanjang tayangan iaitu 4.4% ketika episod terbarunya.

Tinggal lagi dua episod sahaja, penonton ternanti-nanti apakah yang akan berlaku kepada Noh Go-jin dan Lee Shin-ah apabila ugutan bunuh itu terbongkar dan wanita tersebut yang diculik secara tiba-tiba.

Best tak drama ni korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...