Utama Drama Korea Tinggal 2 Episod, Penonton Ternanti-Nanti Ending ‘Now, We Are Breaking Up’

Tinggal 2 Episod, Penonton Ternanti-Nanti Ending ‘Now, We Are Breaking Up’

sbs now we are breaking up

Pejam celik pejam celik, tak sangka drama “Now, We Are Breaking Up” bakal menamatkan tayangannya pada minggu ini.

Drama ini menceritakan kisah seorang lelaki dan wanita yang terikat dek masa lampau namun tidak mampu melarikan diri dari masing-masing.

Meskipun bermula baik dengan rating 7% ke 8% namun drama itu sepertinya tidak dapat mengekalkan momentum yang baik menjelang episod penghujungnya. Terbaru, untuk episod 14, “Now, We Are Breaking Up” hanya mampu meraih 4.2% yang merupakan catatan terendah sepanjang tayangannya.

sbs now we are breaking up

Dalam pada itu, episod terbaru ini menampilkan Yoon Jae-guk (Jang Ki-yong) dan Ha Young-eun (Song Hye-kyo) yang terpaksa berpisah kerana cita-cita dan masalah yang berbeza antara mereka. Dijangka kedua mereka akan menyelesaikan konflik dan bersama ataupun memilih untuk melepaskan satu sama lain dalam dua episod akan datang.

Korang agak apa endingnya?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Loading...