Ikuti Kami:

Tinggal 2 Episod Lagi, Penonton Tergamam Lihat 3 Plot Twist Dalam Episod Terbaru ‘The Penthouse 2’

Tinggal 2 Episod Lagi, Penonton Tergamam Lihat 3 Plot Twist Dalam Episod Terbaru ‘The Penthouse 2’

“The Penthouse” ternyata merupakan sebuah drama dipenuhi dengan ‘roller-coaster’ yang mempunyai turun naik menggemparkan.

Pada saban episod, pasti ada sahaja ‘plot twist’ yang mampu membuatkan penonton tergamam dan terkesima. Sampai tak boleh tidur lah selepas menontonnya!

Bakal menayangkan dua episod akhir pada Jumaat dan Sabtu ini, penonton nyata berdebar memandangkan pelbagai informasi baru yang dibongkarkan dalam episod ke-10 baru-baru ini.

[Amaran SPOILER]

1. Oh Yoon-hee (Eugene) melepaskan ‘bom’ dan mendedahkan Bae Ro-na (Kim Hyun=soo) merupakan anak kandung Ha Yoon-chul (Yoon Jong-hoon). Lelaki itu yang merupakan antara dalang yang mengkhianati gadis itu sebelum kematiannya nyata terkejut dengan rahsia itu dan mula ‘menggila’ selepas menyedari kesalahannya.

2. Walaupun cuba menyorokkan identitinya disebalik personaliti yang ‘tough’ namun Logan Lee (Park Eun-seok) bersemuka dengan Na Ae-gyo dan mendedahkan bahawa dia tahu bahawa wanita itu sebenarnya ialah Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah).

Kalau anda nak tahu, babak tersebut berjaya meraih puncak rating tertinggi dalam episod tersebut dan sepanjang tayangan iaitu 28.6%. Wow!

3. Hanya memaparkan kaki yang bangkit daripada katil namun penonton terkejut apabila mendengar suara Bae Ro-na dalam panggilan telefon bersama Joo Seok-hoon (Kim Young-dae). Nampaknya gadis itu sepertinya belum mati seperti apa yang diperkatakan.

Apa lagilah yang kita akan hadapi pada dua episod terakhir nanti sebelum memasuki musim ketiga “The Penthouse”?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...