Ikuti Kami:

Tiga Wanita Melawan Musuh, Episod Awal ‘Becoming Witch’ Raih Rating Baik

Tiga Wanita Melawan Musuh, Episod Awal ‘Becoming Witch’ Raih Rating Baik

Lee Yu-ri akhirnya kembali dengan sebuah drama baru bertajuk “Becoming Witch” di mana ia ditayangkan di TV Chosun.

Kalau anda nak tahu, ianya membawa kisah tiga wanita berlainan latar belakang yang menentang musuh dan mahu membunuh mereka.

Dalam episod awal ini, penonton disajikan dengan perincian watak dan kehidupan tiga wanita iaitu Gong Ma-ri (Lee Yu-ri) yang mengetahui suaminya curang, Chae Hee-soo (Lee Min-young) yang terpaksa melayan karenah mertua kaya dan Yang Jin-ah (Yoon So-yi) yang melalui kehidupan berlainan selepas suaminya mati.

tv chosun becoming witch

Rata-rata penonton memberikan reaksi positif selepas menonton episod awal “Becoming Witch” selain memuji kombinasi menarik yang dipaparkan oleh tiga teraju wanita utamanya. Terbukti popular, rating tayangan perdana ini meraih catatan yang memberangsangkan iaitu 3.282% dan 3.417%.

Nampaknya ada drama baru korang boleh layan, memang cun!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...