Utama Drama Korea “Tidak Sependapat” – Kim Saeron Tarik Diri Daripada Drama ‘Dear.M’ Adaptasi ‘Love...

“Tidak Sependapat” – Kim Saeron Tarik Diri Daripada Drama ‘Dear.M’ Adaptasi ‘Love Playlist’

kim saeron undur diri daripada dear.m

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba Kim Sae-ron dikhabarkan menarik diri daripada drama KBS terbaru “Dear.M” yang diinspirasikan daripada drama web popular “Love Playlist”.

Disebabkan merupakan tonggak utama kepada drama web tersebut, ramai yang seronok ingin menyaksikan gadis itu kembali menggalas watak Seo Ji-min yang tegas namun mesra tersebut. Bahkan semua dah teruja nak saksikan hubungan cintanya bersama Park Ha-neul (Bae Hyun-sung) yang kini kian mekar.

Walaupun tak pasti apa yang menyebabkan dia mengundurkan diri, tetapi alasan yang diberikan hanyalah ‘pendapat yang berbeza’ antara dirinya dan pihak produksi. Mungkin bukan rezeki penonton untuk menyaksikan Kim Sae-ron terus menggalas watak tersebut pada kali ini.

kim saeron undur diri daripada dear.m

Menurut agensi Gold Medalist,

Disebabkan berbeza pendapat dengan Kim Sae-ron, pelakon itu membuat keputusan untuk menarik diri daripada drama ‘Dear.M’. Sambil terus menyokong drama tersebut, dia kini sedang meneliti projek baru.

Disebabkan oleh berita yang mengejutkan ini dan penggambaran yang sudah berjalan, pihak produksi kini sedang mencari pelakon baru untuk menggantikan tempat pelakon popular tersebut.

“Dear.M” membawa kisah pencarian sekitar kampus mengenai seorang individu misteri bernama ‘M’ yang disebut dalam sebuah entri tidak bernama di laman komuniti Universiti Seoyeon. Drama romantik realistik ini akan menyaksikan perubahan hubungan dan kisah cinta yang mula berputik di antara pelbagai watak selepas disedarkan oleh ‘M’.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERSports Donga
Loading...