Ikuti Kami:

“Tidak Berasas” – Park Bom Asyik Panggil ‘Suami’, Pihak Lee Minho Akhirnya Beri Respon Kesal

“Tidak Berasas” – Park Bom Asyik Panggil ‘Suami’, Pihak Lee Minho Akhirnya Beri Respon Kesal

Agensi Lee Min-ho telah memberi respon terhadap khabar angin mengenai hubungannya dengan Park Bom berikutan kiriman Instagram penyanyi itu yang menyebut tentang pelakon tersebut.

Pada 20 Februari, agensinya, MYM Entertainment, menyatakan,

Dia tidak mempunyai kenalan peribadi dengan Park Bom, jadi khabar angin ini tidak berasas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 박봄 (@newharoobompark)

Pada September tahun lalu, Park Bom memuat naik gambar Lee Min-ho dengan kapsyen, “suami sejati.” Walaupun agensinya menjelaskan bahawa kiriman itu dibuat kerana rasa kagumnya sebagai peminat sahaja, khabar angin tentang hubungan mereka berterusan sehingga Februari tahun ini apabila Park Bom berkongsi dakwaan serupa di akaun kedua dan ketiganya, mendakwa, “Dia adalah suami saya,” sambil memuat naik gambar dirinya bersebelahan dengan gambar Lee Min-ho.

Pada hari yang sama kenyataan itu dikeluarkan, penyanyi itu sekali lagi membuat kiriman dengan mengatakan, “Sebenarnya, saya bujang. Saya memuat naik ini kerana Lee Min-ho meminta saya. Hanya mahu menjelaskan bahawa saya bujang,” yang menyebabkan agensi Lee Min-ho mengeluarkan respons rasmi untuk menghentikan khabar angin tersebut.

Park Bom bergurau je tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Joongang Ilbo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...