Ikuti Kami:

Tiba-Tiba Diganti Shin Siah Dalam ‘Grand Galaxy Hotel’, Pihak Go Minsi Beri Respon Sebenar

Tiba-Tiba Diganti Shin Siah Dalam ‘Grand Galaxy Hotel’, Pihak Go Minsi Beri Respon Sebenar

Dari Go Min-si, rezeki watak dalam “Grand Galaxy Hotel” berpihak kepada Shin Si-ah.

Terbaru, agensi Go Min-si menyampaikan kepada media,

Memang benar bahawa Go Min-si telah memutuskan untuk tidak membintangi ‘Grand Galaxy Hotel’. Kami merasakan bahawa, daripada meneruskan penggambaran sementara isu tuduhan buli sekolah masih belum selesai, adalah lebih baik untuk menyelesaikan isu ini terlebih dahulu. Selepas perbincangan secara baik dengan pasukan produksi, kami memutuskan untuk menarik diri.

Bulan lalu, Go Min-si terpalit dengan tuduhan buli semasa zaman sekolah. Tidak lama selepas itu, syarikat produksi drama berkenaan Imaginus, memberitahu media bahawa mekereka percaya dengan pelakon itu dan mengesahkan bahawa tiada perubahan akan dibuat terhadap barisan pelakon.

go minsi

Akhirnya, pelakon Shin Si-ah telah dipilih untuk menggantikan Go Min-si. “Grand Galaxy Hotel” merupakan projek baharu hasil karya penulis terkenal, Hong Jung-eun dan Hong Mi-ran dikenali sebagai Hong Sisters dengan Lee Do-hyun yang telah disahkan sebagai pelakon utama.

“Grand Galaxy Hotel” dijadualkan memulakan penggambaran pada separuh kedua tahun 2025.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   10 Asia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...