Selepas BABYMONSTER, YG Entertainment nampaknya sudah bersedia untuk mengeluarkan kumpulan gadis baru.
Terbaru menerusi satu video, Yang Hyun-suk mengumumkan bahawa 4 ahli untuk kumpulan gadis baru di bawah agensi tersebut telah dipilih dan akan diperkenalkan satu persatu tidak lama lagi.
Menurutnya,
Sama seperti BABYMONSTER, kami akan mengeluarkan proses latihan mereka terlebih dahulu. Dari situ, orang ramai boleh menilai mereka.
Mengenai sebab kumpulan itu terdiri dari 4 ahli, Yang Hyun-suk menjelaskan,
Saya pilih semua 4 ahli kerana itulah gabungan yang menarik untuk saya. Nombor 4 itu tiada sebarang makna istimewa.
Haa korang excited tak untuk kumpulan baru ni?