Ikuti Kami:

“Tiada Teman Lelaki..” – Ji Yeeun Perli Song Jihyo

“Tiada Teman Lelaki..” – Ji Yeeun Perli Song Jihyo

Pelakon Song Ji-hyo secara rasmi mengumumkan bahawa dia tidak mempunyai pasangan kini.

Terbaru, saluran YouTube “Jee Seok-jin’s World” memuat naik video bertajuk, “Datang sebab nak belanja makan tapi kena kongsi? Episod pertama sambutan bersama adik-adik di siang hari.”

Video tersebut memaparkan Song Ji-hyo bersama ahli program “Running Man” iaitu Yang Se-chan, Ji Ye-eun, dan Ji Suk-jin.

Dalam video itu, Song Ji Hyo menyatakan, “Saya tiada teman lelaki,” mengesahkan bahawa dia kini solo.

Ji Ye-eun kemudian berkata kepada Song Ji Hyo,

Unnie tak perlu bersembunyi lagi. Unnie dah cukup umur, penonton pasti akan faham.

song jihyo

Namun, Song Ji-hyo menunjukkan sedikit rasa tidak selesa dan menjawab,

Kau memang jahat, sindir aku diam-diam.

Ji Ye-eun cepat-cepat membetulkan suasana dengan berkata,

Sekarang penonton pun sokong unnie.

Untuk makluman, Song Ji-hyo sebelum ini pernah terpalit khabar angin bercinta dengan Kim Jong-kook, rakan lama dalam Running Man, namun kedua-duanya menafikan dan menjelaskan bahawa hubungan mereka seperti ahli keluarga.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...