Ikuti Kami:

“Tiada Siapa Mampu Cover Lagu BTS Lebih Baik Daripada BTS Sendiri”- Persembahan Hanbyul Menghampakan?

“Tiada Siapa Mampu Cover Lagu BTS Lebih Baik Daripada BTS Sendiri”- Persembahan Hanbyul Menghampakan?

Walaupun baru sahaja cuba menempa nama di Malaysia menerusi pentas Big Stage 2019, rezeki memihak kepada Hanbyul apabila namanya semakin dikenali oleh rakyat tempatan. Bukan sahaja kerana rupa tetapi lelaki berasal daripada Korea ini telah menambat hati penonton menerusi mutu persembahannya yang konsisten pada setiap minggu. Dia yang bersikap merendah diri turut membuatkan orang lain senang dengan dirinya.

Ramai yang terpempan apabila melihatkan persembahan Hanbyul pada minggu kedua iaitu ‘Vroom Vroom’, nyanyian asal Nabila Razali. Ini kerana dia berjaya memberi nafas baru kepada lagu itu selain menyanyikan lagu tersebut dalam Bahasa Melayu tanpa sebarang masalah. Siap dapat ‘standing ovation’ daripada Dato’ Siti Nurhaliza lagi!

Selepas daripada minggu itu, penyanyi itu telah mempersembahkan beberapa lagu Melayu dan lagu Bahasa Inggeris yang tanpa gagal telah membuatkan penonton semakin menyukainya. Malam kelmarin, Hanbyul telah berduet bersama Siti Sarah untuk lagu ‘Dirgahayu’ dan turut berjaya memikat hati juri dan juga penonton.

Untuk persembahan keduanya, Hanbyul telah mempersembahkan lagu BTS iaitu ‘Boy With Luv’. Kebanyakan penonton meletakkan harapan yang tinggi kerana Hanbyul yang berasal daripada Korea akan mempersembahkan lagu dalam bahasa ibundanya. Pun begitu, ramai yang berasa kecewa selepas melihat persembahannya itu.

Rata-rata netizen merasakan persembahan Hanbyul lebih baik ketika dia membawakan lagu Melayu ataupun Inggeris. Mereka juga terkejut kerana penyanyi itu kelihatan seperti tidak bersedia dan ada beberapa lirik yang dinyanyikannya silap.

ARMY iaitu peminat BTS turut merasakan bahawa lagu idola kesayangan mereka itu susah untuk dibawakan oleh orang lain. Mereka turut menyatakan bahawa lagu itu yang telah digubah dan dicipta oleh ahli BTS sendiri dan hanya sesuai dengan warna kumpulan itu.

hanbyul boy with luv bts vig stage 2019

hanbyul boy with luv bts big stage 2019

Hanbyul sendiri juga menyatakan bahawa lagu Melayu lagi senang dibawa daripada lagu Korea. Mungkin juga lelaki itu memberi lebih perhatian kepada lagu ‘Dirgahayu’ sehingga kurang berlatih untuk lagu ‘Boy with Luv’.

Apa-apa pun, Hanbyul sememangnya layak untuk ke pentas final Big Stage 2019. Sentiasa memberikan 100% kepada setiap persembahannya saban minggu, nampak usahanya yang jitu. Siapa tahu mungkin dia yang bakal merangkul trofi juara pada pentas finale pada minggu hadapan?

Sumber: Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...