Tiada Siapa Mahu Ambil Berlakon Lagi, Kim Saeron Dibuang Dari Barisan Pelakon Projek Baru
- oleh irsa
- 2 tahuns lalu
Sepertinya lama lagi lah nak tunggu Kim Sae-ron buat comeback dalam naskhah baru.
Sebelum ini, pelakon wanita itu dikhabarkan akan muncul dalam teater “Dongchimi” di mana ia membawa kisah cinta pasangan tua dan hubungan antara tiga adik-beradik. Sepatutnya Kim Sae-ron akan membawa watak anak sulung, Jeong-yeon tapi sepertinya ianya hanya tinggal kenangan kini.
Hari ini, pihak “Dongchimi” mengumumkan bahawa pelakon wanita itu tidak akan lagi muncul dalam teater tersebut atas masalah kesihatan.

Meskipun dengan alasan itu, ramai menebak Kim Sae-ron mungkin ‘dibuang’ atas respon negatif dek kes memandu dalam keadaan mabuk selain turut memuat naik foto mesra bersama Kim Soo-hyun dengan sengaja tanpa sebab pasti.
Macam gali kubur sendiri je..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




