Ikuti Kami:

“Tiada Sebab Dia Perlu Bayar” – Mangsa Minta Tanggung Hutang Ibu, Mahkamah ‘Back-Up’ Han Sohee

“Tiada Sebab Dia Perlu Bayar” – Mangsa Minta Tanggung Hutang Ibu, Mahkamah ‘Back-Up’ Han Sohee

Baru-baru ini, kisah ibu Han So-hee yang menggunakan akaun bank di bawah nama anaknya untuk menipu telah menjadi perhatian ramai.

‘S’ iaitu ibu kepada Han So-hee telah meminjam wang daripada ‘A’ pada 2019 dan meletakkan nama pelakon itu sebagai penamanya. Pun begitu, wanita tau itu tidak dapat menyelesaikan hutangnya sehingga kini.

Disebabkan itu, ‘A’ menfailkan saman dan menyatakan bahawa Han So-hee sepatutnya menanggung hutang tersebut,

Han So-hee sepatutnya bertanggungjawab sama atas hutang ibunya ‘S’.

han sohee dispatch

Mahkamah Daerah Ulsan bagaimanapun menolak permintaan itu dan menyebelahi pelakon itu,

‘A’ menekankan Han So-hee sepatutnya bersama-sama bertanggungjawab namun tiada sebab untuk pelakon itu melakukannya kerana ia berlangsung tanpa sebarang kaitan dengannya.

Pada 2020, ‘A’ meminta Han So-hee membayar duit itu bagi pihak ibunya dan menfailkan saman sivil di mana ianya untuk membayar pampasan dek bayaran lambat termasuklah jumlah hutang sebanyak 40 milion won yang ditanggung oleh ‘S’.

Malah ‘S’ mengambil kesempatan terhadap mesej yang dihantar oleh Han So-hee,

Ibu, saya akan berusaha keras dan membantu awak.

Mahkamah kekal dengan keputusan mereka. Menurut Dispatch, ini ialah jawapan mereka ketika perbicaraan pertama dan kedua,

Han So-hee tiada kaitan dengan penipuan ini. Tiada bukti yang mengtakan dia terlibat dengan kes ini.

han sohee

Dalam pada itu, ‘B’ pula menfailkan saman terhadap Han So-hee dan meminta dia membayar hutang sebanyak 270 milion won bersama pampasan bayaran lewat.

Pun begitu, permintaan ini turut ditolak mahkamah di mana mereka menyatakan bahawa Han So-hee tidak bertanggungjawab meskipun akaun banknya digunakan.

Dalam pada itu, Dispatch melaporkan bahawa penghutang terus mencari pelakon ini apabila ibunya tak dapat dikesan.

Walaupun Han So-hee cuba membayar hutang ibunya, namun dia menghadapi situasi di mana akaun bank dan mesej yang dihantar disalah guna sebagai cagaran. Oleh itu, dia tidak dapat menahan lagi dan memilih untuk tidak menanggung hutang yang dibuat oleh ibunya.

Semoga Han So-hee kuat.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...