Akhirnya, Song Ji-hyo hadir sebagai tetamu dalam program YouTube milik ‘abangnya’ iaitu Ji Suk-jin.

Menerusi segmen ‘Saya Hantar Awak’, pelakon wanita itu telah dijemput sebagai tetamu kedua selepas Jeon So-min beberapa bulan lalu.
Sebelum menemui Song Ji-hyo di pusat dermatologi, Ji Suk-jin dilihat meninggalkan pujian melangit buatnya hingga menjadi perhatian ramai.
Katanya,
Selamanya ace ‘Running Man’, tak boleh kalau tiada dia, Song Ji-hyo.
Dalam episod ini, mereka banyak bercerita mengenai cerita di sebalik tabir “Running Man” dan juga kisah peribadi wanita itu.
Jangan lupa menonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.