Ikuti Kami:

“Tiada Pilihan Selain Berpisah..” – ‘Twenty Five, Twenty One’ Kongsi Plot Episod Akhir

“Tiada Pilihan Selain Berpisah..” – ‘Twenty Five, Twenty One’ Kongsi Plot Episod Akhir

Hanya tinggal dua episod, ramai yang tidak senang duduk menantikan pengakhiran “Twenty Five, Twenty One”.

Terbaru, pihak produksi drama berkenaan telah memberikan sedikit gambaran apa yang akan berlaku dalam dua episod terakhir nanti.

Dalam episod 15 yang bakal ditayangkan, dua individu yang melakukan yang terbaik untuk cinta mereka selain melalui momen bahagia menyapa usia 25 tahun dan 21 tahun pada tahun 2001 akan dikupas dengan lebih lanjut.

Apabila terpaksa melaporkan insiden yang mencengkam jiwa itu, Baek Yi-jin mengalami kesukaran yang langsung tidak disangkanya. Namun Na Hee-do terus berada di sisi dan bersama-sama mereka melangkah ke hadapan untuk kehidupan yang lebih baik.

ending twenty five twenty one

Dalam mengimpikan kebahagiaan pada saban hari, pada ketika halangan yang tiba-tiba muncul dan janji teguh Baek Yi-jin, “Kehidupan sangat berharga. Mari bercinta tanpa sebarang penyesalan” menambahkan kekuatan cinta antara mereka. Dengan itu, makna cinta mereka bakal menjadi perhatian ramai.

Dalam episod 16 pula, kisah dua individu yang disapa makna hidup yang berbeza akan dipaparkan dan mereka tiada pilihan selain daripada berpisah. Na Hee-do yang menyertai perkampungan atlet, berlatih dan menyertai kejohanan dunia manakala Baek Yi-jin memikirkan kepercayaan yang dipegangnya sebagai wartawan dan memberikan perhatian kepada keghairahannya melalui situasi sedih dek pelbagai insiden lantas membuatkan keduanya tidak mampu meraih semangat menerusi sokongan satu sama lain.

ending twenty five twenty one

Bagaimana keputusan untuk menyimpan cinta itu dan bagaimana mereka berpisah akan dipertontonkan dalam episod berkenaan.

Komen syarikat produksi Hwa & Dam Pictures,

Kami mahu memberikan refleksi kepada makna ‘cinta pertama’ yang tinggal dalam memori kelam Na Hee-do dan Baek Yi-jin daripada ketika mereka berkenalan dan berpisah. Sila tonton penamat ‘epik muda-mudi’ yang akan terbongkar pada episod 15 dan 16, yang mengandungi kegembiraan dan kesedihan.

Nampak macam akan sedih je..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...