Ikuti Kami:

Tiada Niat Mahu Jadi Artis, Ini 7 Pelakon Popular Korea Hampir Punyai Kerjaya Berbeza

Tiada Niat Mahu Jadi Artis, Ini 7 Pelakon Popular Korea Hampir Punyai Kerjaya Berbeza

Impian ketika masih kecil cenderung untuk berubah atau berkembang semasa membesar.

Sebelum selebriti terkenal ini menceburi bidang lakonan, matlamat kerjaya asal mereka adalah berbeza sama sekali.

Kali ini KimchiDaily nak kongsikan 7 pelakon popular yang tidak pernah menyangka mereka akan berjaya dalam bidang lakonan.

Lee Minho

5 things to know about "Pachinko" star Lee Min-ho — Hashtag Legend

Lee Min-ho mendedahkan dalam satu temu bual bahawa dia pernah mahu menjadi bintang bola sepak ketika dia masih muda.

Namun, saya mengalami kecederaan ketika di darjah 5, jadi saya lupakan niat menjadi atlet. Apabila saya berumur 18 tahun, saya berubah fikiran dan mahu menjadi pelakon.

Namun sehingga kini, dia masih menggemari sukan itu sebagai hobi.

Song Joongki

Song Joong-ki pernah menjadi atlet luncur ais. Dari sekolah rendah hingga sekolah menengah, dia mewakili kampung halamannya Daejeon sebagai peluncur ais trek pendek selama enam tahun. Malangnya, dia tidak dapat meneruskan kerjaya itu kerana kecederaan serius pada lutut. Sekarang, Song Joong-ki telah menjadi antara pelakon lelaki popular bukan sahaja di Korea, malah hampir seluruh dunia mengenalinya.

Song Hyekyo

cita cita pelakon korea

Seorang lagi pelakon yang berpotensi menjadi bintang olimpik ialah Song Hye-kyo. Menurut sumber dipercayai, dia berlatih sebagai pemain luncur ais sejak di sekolah rendah. Tetapi memutuskan untuk tidak lagi bermain sukan itu sebaik sahaja dia melangkah ke sekolah menengah, dan memilih untuk mencuba peragaan.

Song Hye-kyo pernah diberi watak menjadi pemain luncur ais untuk K-Drama “Full House”. Dia telah memberikan persembahan terbaik tanpa perlu diberi latihan lebih untuk babak itu.

Jun Jihyun

cita cita pelakon korea

Ketika dia masih muda, Jun Ji-hyun pada asalnya bercita-cita untuk menjadi seorang pramugari. Malangnya, pengalaman menaiki kapal terbang yang amat teruk semasa penerbangan telah menggusarkan Jun Ji-hyun yang masih muda ketika itu. Oleh sebab itu dia melepaskan impiannya. Jun Ji-hyun akhirnya mula menjadi model pada usia 16 tahun dan seterusnya diberi peluang untuk menjadi seorang pelakon.

So Jisub

cita cita pelakon korea

Sebelum terlibat dalam kancah dunia lakonan, So Ji-sub berlatih untuk menjadi perenang profesional selama 11 tahun. Lagi bersemangat, dia mendapat dorongan daripada kedua ibu bapanya. Dia juga pernah bertanding dalam Sukan Kebangsaan Korea dan memenangi tempat ketiga dalam sukan renang.

Untuk mendapatkan wang tambahan, So Ji-sub memulakan kerjaya pemodelan, yang akhirnya menyebabkan dia diambil untuk berlakon. Selepas itu, dia sudah tiada masa untuk meneruskan latihan renang sehingga dia terpaksa gadai cita-citanya untuk menjadi seorang atlet.

Nam Joohyuk

cita cita pelakon korea

Nam Joo-hyuk juga pada asalnya dilatih untuk menjadi seorang atlet bola keranjang. Dia ada menyatakan telah bermain bola keranjang kira-kira tiga tahun untuk posisi point guard dan shooting guard. Malangnya, dia terpaksa mengetepikan impian untuk terus menjadi atlet bola keranjang selepas dua kali menjalani pembedahan pada tulang keringnya.

Lee Boyoung

cita cita pelakon korea

Sebelum menceburi dunia lakonan, pelakon berpengalaman Lee Bo-young terlebih dahulu serius mengejar impiannya untuk menjadi penyampai berita. Dia berjaya mencapai kedudukan 15 teratas dalam pengambilan penyampai berita tahunan MBC pada tahun 2002, tetapi tidak dapat maju lebih jauh kerana dia tidak layak ke peringkat seterusnya. Kegagalan ini menyebabkan dia mencari peluang kerjaya lain yang membawa dia ke dunia seni hiburan.

Macam-macam bakat la dorang ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...