Selepas menjadi seorang isteri dan ibu, Son Ye-jin pastinya mengalami perubahan dalam hidupnya.
Terbaru, Son Ye-jin telah ‘terbang’ ke Taiwan bagi menghadiri acara pelancaran jenama minuman kecantikan.
Ketika di acara itu, wanita tersebut ada berkongsi kehidupannya kini selepas berkahwin. Katanya,
Saya hampir tiada masa untuk diri sendiri sekarang kerana saya telah membentuk keluarga baru. Jadi, saya menghabiskan hampir sepanjang masa dengan keluarga saya.

Kredit foto: TVBS
Sambungnya lagi,
Selain waktu untuk penjagaan kulit, saya hanya boleh menonton drama apabila anak saya tidur. Ia sangat penting untuk saya mempunyai masa untuk diri sendiri.
Pengorbanan seorang ibu!