Nam Ji-hyun masih dalam perbincangan dengan pihak produksi mengenai kemungkinan membintangi “Good Partner 2”.
Terbaru, agensi wanita itu mengesahkan kepada,
Kami sedang berbincang mengenai tawaran lakonan dalam ‘Good Partner’.
Sebelum ini, sebuah media melaporkan bahawa Nam Ji-hyun telah memutuskan untuk tidak muncul dalam musim kedua drama tersebut atas faktor jadual, walaupun telah berbincang dengan pihak produksi mengenai kemunculannya.
Namun, wakil dari pihak Nam Ji-hyun menegaskan, “Kami masih dalam peringkat perbincangan mengenai penggambaran,” menunjukkan bahawa keputusan akhir belum dimuktamadkan dan perbincangan dengan produksi masih berlangsung.
“Good Partner” merupakan drama pejabat perundangan berunsur kemanusiaan yang mengisahkan Cha Eun-kyung (Jang Na-ra), seorang peguam bintang dalam kes perceraian yang sudah berpengalaman, dan Han Yoo-ri (Nam Ji-hyun), seorang peguam baru yang pertama kali menangani kes perceraian. Drama ini mencatatkan rating tertinggi sebanyak 17.7% dan mendapat perhatian meluas. Musim kedua drama ini telah disahkan akan diterbitkan pada April lalu.
Ketika penonton menantikan pengesahan barisan pelakon asal untuk musim kedua, Jang Na-ra dilaporkan sedang mempertimbangkan tawaran tersebut secara positif.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.