Ikuti Kami:

“Tiada Kehidupan Peribadi..” – Lee Jehoon Ulas Lalui Penggambaran ‘Taxi Driver 3’ & ‘Signal 2’ Sekali

“Tiada Kehidupan Peribadi..” – Lee Jehoon Ulas Lalui Penggambaran ‘Taxi Driver 3’ & ‘Signal 2’ Sekali

Lee Je-hoon mendedahkan perasaannya ketika sedang menjalani penggambaran secara serentak untuk drama “Signal 2” dan “Taxi Driver 3”.

Dalam satu temu bual bersama media, pelakon lelaki itu berkongsi lebih mengenai penggambaran dua drama ini yang berlaku serentak, Lee Je-hoon menyatakan,

Saya rasa bersalah kepada pihak produksi. Mengendalikan satu projek pun sudah sukar dari segi jadual, inikan pula dua projek. Jadi kini saya sedang berunding untuk menyesuaikan jadual kedua-dua pihak.

lee jehoon signal 2

Dia menambah,

Saya sudah lepaskan semuanya. Saya kata, ‘Terpulanglah nak buat apa, gunakanlah saya’. Sekurang-kurangnya untuk tahun ini, saya anggap saya tiada kehidupan peribadi. Saya hanya bergerak mengikut keadaan. Kalau orang tanya ‘bila awak berehat?’, ‘bila nak cari kebahagiaan sendiri?’, saya jawab, untuk tahun ini, saya sudah menyerah. Saya pilih untuk fokus kepada hasil kerja saya sebagai pelakon.

Dalam pada itu, lelaki tersebut mengakui bahwa dia hanya ingin menghasilkan karya yang baik untuk tahun ini dan berharap agar semuanya berjalan lancar dan sihat sampai habis.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...