Ikuti Kami:

Tiada Jenayah Sempurna, Episod Akhir ‘Through The Darkness’ Raih Rating Baik

Tiada Jenayah Sempurna, Episod Akhir ‘Through The Darkness’ Raih Rating Baik

“Through The Darkness” akhirnya melabuhkan tirai semalam selepas bersiaran sebanyak 12 episod.

Sinopsis

Berlatarbelakangkan lewat tahun 90-an, drama ini membawa kisah mengenai profiler jenayah pertama di Korea yang mengalami kesukaran untuk membaca fikiran penjenayah.

Penjenayah pasti tumpas

[Amaran SPOILER]

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. “Through The Darkness” berakhir dengan pengakuan Woo Ho-sung terhadap segala jenayah termasuk pembunuhan dan memusnahkan bukti yang dilakukannya.

sbs through the darkness

Dijangka berakhir tenang, drama ini memaparkan temubual bersama Song Ha-young yang mengingatkan semua bahawa ‘tiada jenayah yang sempurna di dalam dunia ini’ kerana kemajuan sains sedikit demi sedikit. Jadinya, penjenayah pasti akan tertangkap juga suatu hari nanti.

Rating baik

Untuk episod akhir ini, “Through The Darkness” berjaya mengekalkan prestasi yang baik dengan catatan rating sebanyak 7.0%. Meskipun tidak dapat mengalahkan rekod terbaik yang dicatatkan semasa episod ke-9 iaitu 8.3% namun drama thriller ini berjaya menarik perhatian ramai sepanjang tayangannya.

sbs through the darkness

Korang puas tak tengok drama ini?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...