Ikuti Kami:

“Tiada Apa Yang Perlu Diubah” – Moonbyul MAMAMOO Ulas Tentang Lagu Baharu ‘LUNATIC’

“Tiada Apa Yang Perlu Diubah” – Moonbyul MAMAMOO Ulas Tentang Lagu Baharu ‘LUNATIC’

Moonbyul MAMAMOO telah kembali dengan mini album baharunya “6equence”!

Dengan judul lagu “LUNATIC” dalam album tersebut, ini juga merupakan kemunculan semula solo pertama Moonbyul dalam tempoh hampir dua tahun. Moonbyul telah mengambil bahagian dalam temu bual dengan pelbagai saluran berita, untuk menceritakan tentang album terbarunya dan banyak lagi perkara menarik. Mengenai mini album ketiganya ini, Moonbyul memberi komen,

Memandangkan ia adalah album solo pertama saya dalam tempoh satu tahun dan sebelas bulan, saya menciptanya tanpa ada satu pun bahagian yang saya belum sentuh.

Berborak tentang judul lagu “LUNATIC” dalam album itu, Moonbyul menjelaskan,

Jika album itu secara keseluruhannya memfokuskan kepada cinta, saya terfikir bagaimana rasanya untuk menyatakan peratusan cinta yang semakin meningkat dan berkurangan, secara bijak melalui ‘LUNATIC’. Biasanya, apabila saya mendengar lagu selepas ia selesai, saya sering ingin menukar sesuatu dan berkata, ‘Saya mahu menambah ini semasa bahagian itu’, tetapi ‘LUNATIC’ ternyata betul-betul seperti apa yang saya bayangkan. Bahagian rap mempamerkan imej dua muka seperti Jekyll dan Hyde, dan saya sangat menyukainya sehingga tiada apa-apa yang perlu diubah.

moonbyul mamamoo

Kini, MAMAMOO sudah masuk tahun kesembilan dalam kerjaya mereka. Moonbyul berkongsi cintanya yang berpanjangan untuk kumpulan itu,

Kumpulan ini adalah seperti waktu muda saya. Memandangkan saya menghabiskan masa muda saya dengan begitu hebat, ia juga merupakan nama yang mempunyai banyak tekanan. Setiap kali saya melakukan sesuatu, saya dipanggil ‘Moonbyul MAMAMOO’, jadi membuat kesilapan boleh menyebabkan kemudaratan kepada kumpulan. Saya rasa itulah sebabnya saya lebih berhati-hati dalam pertuturan dan tingkah laku saya.

Dengan keluaran baharu ini, Moonbyul turut menyatakan harapannya untuk mendekati lebih ramai orang. Katanya,

Saya mahu album ini menjadi album di mana saya boleh mendekati orang ramai dengan lebih selesa. Walaupun ia mengandungi konsep dramatik seperti obsesi dan penyesalan, saya bekerja keras untuk mencipta gabungan antara konseptual dan arus perdana. Secara peribadi, saya suka memasukkan elemen yang mana peminat boleh mempunyai pelbagai fantasi mengenai konsep alam semesta.

Album “6equence” juga akan mengandungi lagu “LUNATIC” dalam versi bahasa Inggeris. Menurut Moonbyul,

Saya memikirkan bagaimana peminat di luar negara boleh mendengar dengan selesa muzik saya. Memandangkan kami tidak dapat berjumpa dengan kerap selepas COVID-19, saya ingin memberikan mereka ini sebagai hadiah. Saya harap peminat dapat melihat potensi saya untuk berkembang.

Jom dengar lagu baharu Moonbyul “LUNATIC”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...