Ikuti Kami:

Tiada Aksi ‘Masuk Air’ Ahn Jaehyun Dalam ‘New Journey To The West 7’

Tiada Aksi ‘Masuk Air’ Ahn Jaehyun Dalam ‘New Journey To The West 7’

Selepas terlibat dengan kemelut rumah tangga, Ahn Jaehyun kini senyap daripada perhatian media. Walaupun sedang sibuk dengan penggambaran drama ‘People With Flaws’, ada khabar angin bertiup mengatakan bahawa dia juga lebih banyak mendiamkan diri ketika di set penggambaran.

Walaupun Ahn Jaehyun banyak berlakon drama selepas melakukan kemunculan pertamanya dalam industri seni sebagai seorang model, dia lebih dikenali ramai menerusi penampilannya dalam rancangan hiburan ‘New Journey To The West’ dan ‘Kang’s Kitchen’. Wataknya yang ‘masuk air’ dan kelihatan baik di luar tapi sebenarnya banyak akal menyebabkan ramai penonton yang terhibur apabila melihat telatahnya.

Apabila skandal hubungan rumah tangganya bersama Gu Hyesun menjadi buah mulut netizen, dia telah digugurkan daripada banyak kontrak antaranya menjadi juru cakap untuk produk kecantikan ‘Merbliss’. Selepas insiden ini, ramai peminat yang tertanya-tanya sama ada dia akan muncul dalam musim terbaru rancangan ‘New Journey To The West’.

jaehyun new journey to the westHarap bertabah wahai peminat rancangan hiburan itu kerana menurut sumber dalaman, pelakon lelaki itu dikatakan tidak akan muncul dalam musim ketujuh program tersebut.

“Ahn Jaehyun telah memutuskan bahawa dia tidak akan menyertai rancangan ‘New Journey to the West’ terbitan tvN di mana dia merupakan ahli tetap untuk musim-musim yang sebelum ini.”

Sumber ini turut memberi ‘hint’ bahawa keputusan ini dibuat kerana masalah penceraiannya yang masih berlangsung.

“Dia memberitahu kakitangan lain bahawa dia tidak mahu menyusahkan ahli yang lain atas sebab masalah peribadinya. Selain itu, dia juga tidak berasa selesa untuk menghiburkan penonton menerusi rancangan hiburan dengan situasinya sekarang.”

new journey to the west

Mesti rancangan itu kurang sedikit ‘gila’nya kerana ketiadaan penyeri, Ahn Jaehyun. Jangan bersedih kerana dia hanya menarik diri untuk musim ini, siapa tahu dia mungkin akan muncul pada musim yang akan datang. Pada peminat ‘New Journey To The West’, musim terbaru ini akan mula ditayangkan November nanti. Jangan lupa tengok kalau rasa nak hilangkan stres!

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...