Ikuti Kami:

[Throwback] Keletah Benci Tapi Sayang Abang-Adik Dalam ‘My Annoying Brother’, Dijamin Gelak & Menangis

[Throwback] Keletah Benci Tapi Sayang Abang-Adik Dalam ‘My Annoying Brother’, Dijamin Gelak & Menangis

Filem Korea banyak yang best kan? Dan salah satu daripadanya ialah “My Annoying Brother” atau pun “Hyung” dalam bahasa Korea yang membawa maksud abang kepada adik lelaki. Walaupun dah 4 tahun keluar tapi ramai rasanya yang masih terkesan melihat perangai dua adik-beradik ini kan?

[Amaran SPOILER bagi yang belum menonton]

Abang ‘bermasalah’

Membawa kisah Go Doo-sik (Jo Jung-suk) iaitu seorang penipu yang sepertinya tiada sekelumit pun rasa perasaan nurani dalam dirinya. Dengan menggunakan kekurangan adiknya iaitu Go Doo-young (Do Kyung-soo) yang cacat penglihatan dan mereka cerita menyayat hati, dia dilepaskan daripada tahanan penjara dengan bersyarat.

Meskipun ramai yang pada awalnya menyampah lihat Doo-shik yang sepertinya langsung tidak kisah mengenai hal adiknya, namun wataknya mula melalui perubahan sepanjang filem tersebut. Perasaan penonton mula terusik apabila dia melakukan banyak perkara baik meskipun sekecil zarah pun untuk menggembirakan adiknya. Disebabkan itu, kasih sayang antara adik-beradik lelaki ini mampu membuatkan penonton melekat sehingga ke penghujung filem.

filem my annoying brother

Adik yang ditimpa pelbagai masalah

Rasanya ramai yang terkejut kalau diberitahu bahawa pelakon yang membawa watak Doo-young sebenarnya memulakan karier seninya sebagai ahli kumpulan EXO dan mempunyai suara ‘R&B dan soul’ yang sedap habis. Bakat lakonannya sebagai seorang atlet judo yang hilang penglihatan nyata berjaya membuka mata orang ramai mengenai kemampuan dia menjiwai watak.

Doo-young yang digambarkan sebagai seorang yang paling bertanggungjawab di antara kedua beradik itu mula hidup kemurungan selepas satu-satu musibah menimpa. Bermula dengan kematian ibu bapanya, abangnya yang lari tinggalkan keluarga dan kemudiannya menjadi buta selepas kemalangan di pertandingan judo sehingga memaksanya melupakan impian untuk memasuki Olimpik. Sedih!

filem my annoying brother

Hubungan benci jadi sayang

Filem ini bermula dengan Go Doo-sik yang keluar daripada penjara dan kembali semula ke rumah keluarganya dan tinggal bersama adik tirinya (sama ayah) iaitu Go Doo-young. Lelaki ini yang lari daripada rumah kerana bencikan ibu tirinya telah meneruskan kelangsungan hidup sebagai penipu dan mengakhiri ‘karier lumayan’ tersebut selepas disumbat ke dalam penjara.

Sementara si abang di dalam penjara, Doo-young hilang penglihatan selepas kemalangan di pertandingan sehingga membuatkan dia kemurungan. Pada awalnya, Doo-sik langsung tak pedulikan mengenai keadaan adiknya malah sedikit biadap terhadap Doo-young. Namun selepas menghabiskan masa bersama, dia mula sedar tanggungjawabnya sebagai seorang abang dan bermulalah hubungan yang comel di antara dua adik-beradik ini.

filem my annoying brother

Akhirnya adik-beradik ini membina satu hubungan yang sangat kukuh sampai ianya mampu menghibakan hati penonton (siapa yang dah tonton mesti faham). Terpaksa menghadapi pelbagai dugaan, namun hal itu semakin mengutuhkan lagi hubungan mereka dan Doo-sik dan Doo-young mula bergantung antara satu sama lain.

Tak dilupakan! Park Shin-hye turut berlakon sebagai jurulatih judo Doo-young dan dia bertanggungjawab sebagai penyokong lelaki itu selepas mengalami kemalangan di bawah jagaannya. Pun begitu, filem ini lebih memberi fokus kepada perkembangan hubungan adik-beradik lelaki tersebut dan watak pelakon wanita ini hanya mengambil sebahagian kecil plot tersebut.

filem my annoying brother

“My Annoying Brother” yang dipasarkan sebagai filem komedi yang kelakar habis namun membawa penonton terkesima melihat pengakhirannya. Main perasaan betul!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...