Ikuti Kami:

Thriller Pembunuhan & Penculikan, Jingoo, Ha Dokwon Serta Lee Wongeun Terajui ‘Superior Day’

Thriller Pembunuhan & Penculikan, Jingoo, Ha Dokwon Serta Lee Wongeun Terajui ‘Superior Day’

OCN kembali lagi dengan drama yang pastinya akan membuatkan anda tak senang duduk!

Terbaru, naskhah “Superior Day” telah pun mengesahkan barisan pelakon utamanya baru-baru ini.

Diadaptasi daripada webtoon, ianya membawa kisah thriller di mana seorang lelaki mempunyai masa 24 jam untuk membunuh pembunuh bersiri yang tinggal di sebelah rumahnya bagi menyelamatkan anak perempuan yang diculik.

Jin Goo akan membawa watak Lee Ho-chul, seorang ahli bomba yang perlu menyelamatkan anak perempuannya. Dia merupakan seorang ketua keluarga yang normal dengan penampilan yang biasa-biasa sahaja selain meletakkan anak perempuannya sebagai keutamaan.

ocn superior day

Ha Do-kwon pula bertanggungjawab berlakon sebagai Bae Tae-jin, seorang pembunuh upahan yang sedang mengejar pembunuh bersiri dan tindak meninggalkan sebarang kesan dengan pelan sempurna. Tanpa sebab yang pasti, dia bercadang untuk mengejar pembunuh bersiri itu dan menculik anak Lee Hochul bagi membunuh lelaki itu.

Untuk watak pembunuh bersiri Kwon Si-woo, Lee Won-geun bakal menghidupkannya di mana dia percaya bahawa dia adalah lebih hebat daripada semua orang di dunia ini. Dilengkapi dengan kenaifan, mata yang terang dan kebaikan, identiti sebenarnya ialah merupakan seorang psikopat yang berasa seronok dengan kekuasaan yang dimiliki apabila membunuh.

“Superior Day” akan menemui penonton pada separuh pertama 2022.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...