Utama Drama Korea ‘The Red Sleeve’ Jalani Penggambaran Terakhir Hari Ini, Penonton Teka Ending Sedih?

‘The Red Sleeve’ Jalani Penggambaran Terakhir Hari Ini, Penonton Teka Ending Sedih?

mbc the red sleeve

7 bulan penggambaran, khabarnya “The Red Sleeve” bakal menjalani penggambaran terakhirnya pada hari ini.

Menurut laporan media, penggambaran itu akan berlangsung bermula tengah hari 21 Disember.

Tamat pada episod ke-17, ramai yang tertanya-tanya mengenai pengakhiran drama ini. Seperti yang semua tahu, novel asalnya mempunyai ending sedih lantas penonton menebak sama ada ianya akan kekal sama atau pun diubah sedikit.

mbc the red sleeve

Untuk pengetahuan, “The Red Sleeve” mendapat perhatian ramai sejak mula ditayangkan selain dinobat drama paling trending selama 6 minggu berturut-turut. Malah rating yang pada awalnya hanyalah 5.7% sahaja, telah meningkat kepada purata 13% kini.

“The Red Sleeve” mengisahkan hubungan romantik di antara pengiring istana Sung Deok-im (Lee Se-young) yang mahu melindungi pilihan hidupnya dan maharaja Yi San (Lee Jun-ho) yang meletakkan negara sebelum cinta.

Episod akhir bakal ditayangkan pada 1 Januari 2022.

Korang agak endingnya macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERJoy News 24
Loading...