Utama Drama Korea ‘The Penthouse’ Pecah Rekod Peribadi, Raih Rating Lebih 20% Buat Pertama Kali...

‘The Penthouse’ Pecah Rekod Peribadi, Raih Rating Lebih 20% Buat Pertama Kali Sepanjang Tayangan

sbs penthouse

Setiap menunjukkan peningkatan rating pada saban episod, nampaknya “The Penthouse” terus mencipta sejarah lagi dalam episod terbarunya.

Menurut Nielsen Korea, episod 8 baru-baru ini telah meraih rating sebanyak 17.6% dan 22.1%. Ini adalah kali pertama drama ini melepasi garisan 20% dalam purata rating seluruh negara.

Disebabkan oleh pelbagai konflik yang timbul kini dalam “The Penthouse”, penonton semestinya teruja untuk menonton segala rahsia penduduk Hera Palace terbongkar selain dalang di sebalik pembunuhan Min Seol-ah turut terdedah. Rata-ratanya menyokong Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) bergabung dengan Logan Lee bagi menyelongkar mengenai kebenaran disebalik kematian anak sebenar wanita itu.

the penthouse

Tak sabar betul nak saksikan episod akan datang “The Penthouse”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNielsen
Loading...