Ikuti Kami:

‘The Penthouse 3’ Kongsi Sesi Pembacaan Skrip, Penonton Tercari-Cari Kelibat Park Eunseok

‘The Penthouse 3’ Kongsi Sesi Pembacaan Skrip, Penonton Tercari-Cari Kelibat Park Eunseok

Debaran kian terasa apabila kita bakal memasuki bulan Jun tak lama lagi. Bulan yang sangat bermakna buat peminat “The Penthouse” memandangkan musim ketiga dan yang terakhir akan ditayangkan pada 4 Jun nanti.

Terbaru, kesemua pelakon drama popular itu dilihat telah menghadiri sesi pembacaan skrip pertama untuk musim ketiga itu.

Walaubagaimanapun, apa yang menarik perhatian ramai ialah kerana ketiadaan Park Eun-seok yang membawa watak Logan Lee ketika sesi itu berlangsung.

Seperti yang diketahui umum, Logan Lee telah pun terlibat dalam satu letupan bom yang didalangi oleh watak On Joo-wan yang belum dapat dipastikan lagi niat sebenarnya. Disebabkan oleh itu, peminat tertanya-tanya sama Logan Lee akan mati ataupun bakal ‘dihidupkan’ semula dalam musim terakhir ini nanti.

Antara komen penonton:

Mesti mereka masukkan dia di pertengahan cerita.. Lee Ji-aj juga tidak menghadiri pembacaan skrip musim kedua tapi dia kemudiannya kembali sebagai Na Ae-gyo.

 

Mungkin mereka akan bocorkan skrip sekiranya dia muncul di sesi pembacaan skrip ini.

 

Saya dah tak terkejut pun, saya yakin dia mesti masih hidup.

 

Entah-entah dia kembali semula pada episod pertama.

Korang rasa macam mana?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...