Ikuti Kami:

‘The King’s Affection’ Punyai Persona Unik? Ini Jawapan Park Eunbin, Rowoon & Nam Yoonsu

‘The King’s Affection’ Punyai Persona Unik? Ini Jawapan Park Eunbin, Rowoon & Nam Yoonsu

Dengar cerita, ramai yang tersenyum senang sejak “The King’s Affection” mula ditayangkan di Netflix sejak beberapa minggu lalu?

Bagi menjawab pelbagai persoalan anda mengenai drama saeguk ini, KimchiDaily berpeluang menjalani temuramah emel bersama Park Eun-bin, Rowoon dan juga Nam Yoon-su. Jom rungkai lebih mendalam mengenai “The King’s Affection”!

Persona ‘The King’s Affection’

Meskipun banyak titik yang mahu dijelaskan namun Park Eun-bin memilih naratif drama ini sebagai persona terbaiknya.

Saya rasa anda mampu memahami setiap emosi watak dengan kuat dan menjiwai plotnya dengan baik sekiranya kehidupan Hwi yang berjalan di atas tali halus diberikan perhatian. Kisahnya adalah sangat menarik perhatian dan memukau. Nantikan bagaimana setiap watak membina perasaan antara satu sama lain melawan takdir dan cuba mengharungi gelora emosi.

netflix the king's affection

Bagi Rowoon pula, kisah romantik di antara dua darjat merupakan plot utama yang perlu diperhatikan oleh penonton,

Hubungan berbelit dan cinta tetap bercambah meskipun berbeza status dalam dunia bersejarah adalah kunci utama yang perlu dinantikan penonton. Secara ringkas, cinta berada atas daripada kelas.

Selain daripada kisah romantik, Nam Yoon-su turut memilih barisan pelakon daripada pelbagai peringkat usia sebagai tarikan utama “The King’s Affection”,

‘The King’s Affection’ bakal menjadi siri yang akan menampilkan lakonan hebat pelakon berpengalaman dalam naratif yang sempurna. Malah, anda akan dapat melihat pelbagai persona daripada pelakon muda. ‘The King’s Affection’ ialah sebuah drama yang patut ditonton kerana semua peringkat usia boleh menikmati keindahan tradisi Korea.

Drama sekali seumur hidup Park Eun-bin

Walaupun terkenal kerana kepelbagaian watak sebelum ini, Park Eun-bin meluahkan bahawa drama ini sangatlah mengasyikkan.

Drama ini sangat menarik – di mana ianya berlatarbelakangkan masa lalu dan berkisar tentang wanita yang menaiki takhta. Raja wanita ini, Yi Hwi, kelihatan seperti watak yang sering diimpikan saya, satu watak yang sukar untuk dijumpai. Saya langsung tak teragak-agak untuk menyertai projek ini, kerana saya mahu menyarungkan ‘jubah dihiasi naga yang dimilki saya, hanya saya seorang sahaja’. Saya dapat merasakan bahawa ia akan menjadi sesuatu yang tiada nilai, satu-satunya naskhah yang tidak akan dapat dilihat buat masa ini.

netflix the king's affection

Dalam pada itu, Park Eun-bin mahu penonton melihat Yi Hwi sebagai seorang individu sahaja dengan pelbagai sisi dan bukanlah ‘Yi Hwi wanita’ mahupun ‘Yi Hwi lelaki’.

Cabaran drama saeguk

Walaupun pernah berlakon babak pendek saeguk dalam drama “Extraordinary You” namun ini ialah percubaan pertama buat Rowoon sebagai watak utama drama dengan genre ini. Jelas idola itu,

Pada awalnya, saya rasakan ada kemahiran lakonan tipikal yang diperlukan untuk drama saeguk. Namun saya berfikir bahawa ianya tidak ditetapkan, kerana tiada siapa daripada masa ini yang pernah tinggal di era berkenaan. Disebabkan itu, darjah kebebasan buat saya menghidupkan watak Ji-un memberikan peluang untuk saya mencuba suara dan lakonan baru untuk siri ini.

Bagi Nam Yoon-su pula, dia cuba melakukan yang terbaik semasa tempoh persiapan memandangkan ini ialah drama saeguk pertamanya. Bahkan, pelakon yang sedang meningkat naik ini mengakui bahawa siri ini berlainan daripada projek sebelumnya.

Daripada pakaian, gaya rambut dan solekan sehingga nada serta gaya percakapan yang unik dalam drama bersejarah. Terdapat banyak perkara yang membuatkan ia kelihatan susah untuk disesuaikan. Jadi, saya berusaha keras untuk membiasakan diri dengan perkara baru ini. Bahkan, saya merasakan bahawa dialog dalam drama bersejarah bukan sahaja apa yang tertulis di dalam skrip, malah mempunyai maksud tersirat. Oleh itu, saya memberi fokus untuk cuba menyampaikan mesej tersembunyi itu.

netflix the king's affection

Nam Yoon-su sentuh hati penonton

Sepertinya bakal membuai hati penonton, Nam Yoon-su berkongsi lebih mengenai watak Yi Hyun,

Kalau anda menonton siri ini, anda akan dapat melihat sendiri, Yi Hyun merupakan satu watak yang menarik, namun anda juga akan berasa kasihan dengannya. Dia cuba menenangkan diri apabila melihat kesukaran di alami Hwi. Dia juga cuba mengekalkan hubungan yang utuh dengan rakan baik, Jung Ji-un dan daripada situ, anda akan melihat wataknya yang kesunyian.

‘The King’s Affection’ dalam 3 perkataan

Bagi menarik perhatian penonton dengan lebih mudah, Rowoon turut berkongsi perkataan terbaik yang mampu menggambarkan “The King’s Affection”,

Bunga teratai, kerinduan dan hati yang sakit.

netflix the king's affection

Mesej buat penonton

Telah menemui penonton di seluruh dunia menerusi Netflix, ini pesanan pelakon utama buat semua.

Park Eun-bin,

Hello semua, ini ialah Park Eun-bin dan saya melakonkan watak Yi Hwi dalam ‘The King’s Affection’. Naskhah ini ialah sebuah drama yang akan membuatkan anda ketawa dan menangis dengan gambaran perasaan berbunga namun kesakitan perasaan cinta dan kehidupan putera raja Yi Hwi, di mana dia menjalani kehidupan membahayakan kerana  berlakon sebagai lelaki meskipun merupakan seorang wanita. Saya berharap agar anda seronok menonton drama cinta bersejarah yang baru ini dan keindahan tradisi Korea yang menyelubungi Netflix. Sangat menantikan sokongan dan cinta anda. Semuanya, jaga diri dan temui anda menerusi ‘The King’s Affection’!

Nam Yoon-su,

Saya merasakan bahawa anda akan dapat melihat sisi lain kepada kecantikan tradisi Korea. Kami semua sudah bekerja keras sejak musim bunga untuk menampilkan naskhah terbaik buat anda, dan masih lagi kini. Jadi, saya berharap agar anda akan seronok menontonnya dan terus memberikan perhatian buat ‘The King’s Affection’ dan Yi Hyun.

Nampak kan betapa bestnya drama ini sampaikan para pelakonnya juga memberikan kata-kata yang manis sahaja mengenainya? Jadi, jangan lupa menonton di Netflix!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...