Ikuti Kami:

‘The King’s Affection’ Jadi K-Drama Pertama Menangi Anugerah Di ‘International Emmy Awards’

‘The King’s Affection’ Jadi K-Drama Pertama Menangi Anugerah Di ‘International Emmy Awards’

Siapa yang seronok layan drama “The King’s Affection” lakonan Park Eun-bin dan Rowoon, yang ditayangkan pada tahun lepas?

Bagi yang belum tahu, “The King’s Affection” menceritakan kisah sepasang kembar yang lahir di istana. Walaupun salah seorang daripadanya dibuang kerana merupakan seorang perempuan, dia kemudiannya berlakon menjadi putera raja selepas kembar lelakinya meninggal dunia.

Terbaru, drama berkenaan telah mencipta sejarah baru apabila dinobatkan sebagai ‘Telenovela Terbaik’ di Anugerah Emmy Antarabangsa yang ke-50, bersaing dengan drama Brazil, Sepanyol dan China.

the king's affection

Apa yang lebih menakjubkan, “The King’s Affection” juga adalah drama Korea pertama yang berjaya merangkul anugerah di majlis berprestij berkenaan.

Syarikat produksi iaitu Arc Media yang menjadi wakil untuk menerima anugerah tersebut memberikan ucapannya,

Saya sangat bersyukur dan gembira kerana ‘The King’s Affection’ digemari penonton di seluruh dunia dan memenangi Anugerah Emmy Antarabangsa. Saya juga bangga dengan fakta bahawa pesona drama sejarah Korea telah diiktiraf di seluruh dunia. Arc Media akan terus melakukan yang terbaik untuk menghasilkan kandungan Korea yang baik.

Tahniah pasukan “The King’s Affection”!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...