Ikuti Kami:

‘The Good Detective 2’ Sah Bakal Tayang Julai Ini

‘The Good Detective 2’ Sah Bakal Tayang Julai Ini

Sekian lama menunggu, akhirnya JTBC mengumumkan tarikh tayangan musim kedua “The Good Detective”.

Menerusi poster yang diriliskan, dapat dilihat Kang Do-chang (Son Hyun-joo), Oh Ji-hyuk (Jang Seung-jo), Kwon Jae-hong (Cha Rae-hyung), Ji Ji-woong (Jeong Soon-won), Byun Ji-woong (Kim Ji-hoon) dan Shim Dong-wook (Kim Myung-jun) kembali untuk membanteras jenayah.

Untuk pengetahuan, musim pertama drama ini menerima sokongan ramai hingga tamat pada Ogos 2020 malah ia mencatatkan rating yang baik iaitu 8.5%. Ianya menjadi kegemaran penonton kerana memaparkan kesan yang mendalam mengenai orang biasa terluka yang memujuk satu sama lain dan mengejar kebenaran. Bukan sahaja kisah menyentuh hati bahkan “The Good Detective” membuatkan adrenalin penonton menaik dek misi menangkap penjenayah yang mendebarkan.

jtbc the good detective 2

Kata produser, tema detektif mengejar dengan dua kaki sendiri untuk membanteras jenayah selain kerjasama utuh akan semakin kuat dalam musim kedua “The Good Detective” ini.

Untuk pengetahuan, penggambaran sudah pun selesai pada Mei lalu dan proses pos-produksi sedang giat dijalankan. Mengikut perkhabaran, “The Good Detective 2” akan ditayangkan pada Julai nanti.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...