Ikuti Kami:

‘The Glory’ Drama Balas Dendam 8 Episod, Song Hyekyo & Kim Eunsook Kembali Bergabung Lepas ‘DOTS’

‘The Glory’ Drama Balas Dendam 8 Episod, Song Hyekyo & Kim Eunsook Kembali Bergabung Lepas ‘DOTS’

Selepas bekerjasama dalam “Descendants Of The Sun”, Song Hye-kyo kembali berjabat tangan dengan penulis Kim Eun-sook dalam sebuah projek terbaru bertajuk “The Glory”.

Drama ini membawa kisah seorang wanita yang berimpian untuk menjadi arkitek namun terpaksa melupakannya selepas diberhentikan sekolah selepas terlibat dengan keganasan di sekolah menengah. Penjahat sebenar akhirnya berkahwin dan mempunyai anak. Wanita itu kemudiannya menunggu sehingga anak penjahat itu memasuki sekolah rendah sebelum menjadi guru kelasnya dan memulakan misi membalas dendam terhadap dalang yang menjadi punca kepada kes lama tersebut.

“The Glory” dikhabarkan bakal dihasilkan dalam format bermusim di mana musim pertama ini hanya mempunyai 8 episod sahaja. Walaubagaimanapun, tarikh tayangan dan siaran mana yang bertanggungjwab menayangkannya masih belum lagi diputuskan. Akan dihasilkan 100% sebelum tayangan, drama ini dikhabarkan bakal menemui penonton dalam separuh kedua tahun ini.

song hyekyo

Menurut produser syarikat produksi Hwa & Dam,

Drama ‘The Glory’ ialah drama balas dendam baru dengan disulami kehebatan 3 perkara iaitu ‘plot cerita mengujakan Kim Eun-sook’, ‘transformasi lakonan sempurna Song Hye-kyo’, ‘ dan ‘rakaman hebat pengarah Ahn Gil-ho’. Anda boleh jangkakan yang terbaik daripada drama ini.

Teruja betul nak tengok Song Hye-kyo kembali berlakon selepas sekian lama berehat kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...