Ikuti Kami:

‘The Call’ No 1 Di Netflix Malaysia Kini, Turut Tersenarai Dalam Ranking Filem Popular Di Netflix Global

‘The Call’ No 1 Di Netflix Malaysia Kini, Turut Tersenarai Dalam Ranking Filem Popular Di Netflix Global

Selepas sekian lama diuarkan, akhirnya filem misteri thriller lakonan Park Shin-hye iaitu “The Call” telah pun menemui penonton global di Netflix pada 27 November baru-baru ini.

Membawa kisah Seo-yeon (Park Shin-hye) yang berada pada tahun 2019 tanpa sengaja berhubung dengan seorang wanita pada masa yang lepas (1999) iaitu Young-sook (Jeon Jong-seo). Mulanya gembira, namun semuanya berubah apabila wanita daripada masa lepas itu ‘menggila’ dan sanggup melakukan apa sahaja supaya dapat mengubah masa depannya.

Mungkin disebabkan oleh barisan pelakon utamanya ataupun genre yang ditonjolkan, ramai betul yang kelihatan teruja menonton filem tersebut dan menceritakan pengalaman mereka di laman media sosial.

filem korea 'call' netflix

Kebanyakan daripada mereka memuji plot “The Call” yang mendebarkan dan misteri habis. Sampaikan mereka sendiri takut nak tidur selepas menontonnya. Cuma kritikan yang diterima ialah ramai yang sepertinya kurang faham dengan endingnya. Anda pula bagaimana?

Disebabkan oleh ‘hype’ filem ini sebelum tayangannya, “The Call” berjaya menduduki tempat pertama di senarai 10 rancangan popular di Netflix Malaysia. Malah naskhah ini turut duduk selesa dalam ranking filem popular di Netflix Global. Wow!

netflix the call

netflix the call

Cepat tonton “The Call” di Netflix sekarang. Rugi tahu kalau tak tengok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...