Ikuti Kami:

The Boyz Umum World Tour 2022 ‘The B-Zone’

The Boyz Umum World Tour 2022 ‘The B-Zone’

Sebut sahaja nama kumpulan penyanyi lelaki ini pastinya peminat-peminat K-Pop akan menjerit keriangan. Kumpulan penyanyi lelaki yang bernaung di bawah IST Entertainment ini mengesahkan satu berita gembira yang pastinya mengujakan para peminatnya.

Berita gembira itu telah disahkan oleh mereka sendiri bahawa mereka akan mengadakan World Tour 2022 “The B-ZONE” dan akan menuju ke negara seperti Amerika Syarikat dan Eropah. Pada 6 April, The Boyz telah mengumumkan untuk menjelajah ke 6 bandar di Amerika Syarikat.

Seperti kenyataan yang telah dimuat naik melalui akaun Instagram rasmi The BOYZ, penjelajahan mereka untuk “The B-ZONE IN USA” akan menjelajah ke Los Angeles pada 29 Mei sebelum mereka akan bertolak ke Chicago pada tanggal 1 Jun ini, Newark pada 3 Jun, Atlanta pada 5 Jun, Dallas pada 8 Jun dan San Jose pada 10 Jun ini

Untuk negara Eropah, The BOYZ akan menjelajah ke 4 bandar berbeza sepanjang world tour tersebut. Kumpulan ini akan mengadakan persembahan di London pada 20 Jun, Rotterdam pada 22 Jun, Paris pada 25 Jun dan juga Berlin pada 28 Jun.

Kedengaran juga khabar di mana The BOYZ akan mengumumkan lebih banyak tarikh untuk jelajah yang akan datang jadi peminat-peminat The BOYZ dah boleh mula membuat persiapan untuk berperang sewaktu membeli tiket nanti!

Jangan lepaskan peluang ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...