Memang meriah habis konsert jelajah ‘THE BOYZ WORLD TOUR: ZENERATION II’!
Berlangsung di Mega Star Arena, ribuan peminat digelar Deobi nyata teruja apabila melihat dengan mata sendiri THE BOYZ mempersembahkan 23 lagu ‘hot’ mereka.
Antara lagu yang didendangkan oleh mereka ialah seperti ‘Maverick’, ‘Reveal’, ‘TATTOO’, ‘The Stealer’, ‘Thrill Ride’, ‘Breaking Dawn’, ‘Levitating’, ‘D.D.D’, ‘Bite Back’ dan banyak lagi.
THE BOYZ ternyata memang dilahirkan untuk menjadi idola dek tenaga mereka! Kegembiraan mereka tersebar luas, dengan para ahli mengambil semangat daripada keghairahan penonton.
Buktinya, walau terdapat sedikit masalah teknikal di penghujung persembahan apabila black out sebentar namun para ahli THE BOYZ menghidupkan suasana apabila menyanyikan lagu ‘Selamat Hari Jadi’. Profesional!
Untuk pengetahuan, THE BOYZ terdiri daripada 11 ahli iaitu Younghoon, Sangyeon, Jacob, Hyunjae, Juyeon, New, Q, Ju Haknyeon, Sunwoo, Kevin, dan Eric.
Dah rindu The Boyz lah..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.