Ikuti Kami:

THE BOYZ Akan Tampil November Ini Dengan Album Baru ‘Maverick’ Serta Showcase

THE BOYZ Akan Tampil November Ini Dengan Album Baru ‘Maverick’ Serta Showcase

Platform buat peminat global iaitu UNIVERSE, akan menyiarkan secara eksklusif pameran kemunculan semula single ketiga kumpulan THE BOYZ “MAVERICK” secara langsung.

Pada 27 Oktober, UNIVERSE mengumumkan,

Pada 1 November, jam 8 malam, “THE BOYZ 3RD SINGLE ALBUM COMEBACK SHOWCASE <MAVERICK>” akan disiarkan secara eksklusif di UNIVERSE untuk memperingati keluaran album single ke-3 kumpulan itu.

Dalam pameran kemunculan semula ini, THE BOYZ akan mempersembahkan lagu baharu “MAVERICK” kepada The B (nama kelab peminat THE BOYZ) di seluruh dunia, dan menceritakan tentang proses pembikinan album tersebut.

Pameran ini boleh ditonton oleh sesiapa sahaja secara percuma melalui aplikasi UNIVERSE. UNIVERSE juga merancang untuk mengadakan acara buat peminat bagi mendapatkan barangan edisi terhad untuk memperingati kemunculan semula THE BOYZ. Butiran lanjut boleh didapati pada 31 Oktober ini di aplikasi tersebut.

Sementara nak tunggu 1 November ni, jom tengok trailer untuk lagu baru THE BOYZ dulu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...