Selepas “The Atypical Family” tamat, penonton telah disajikan drama baru iaitu “Miss Night and Day”!
Untuk pengetahuan, “Miss Night and Day” yang diterajui Choi Jin-hyuk, Jung Eun-ji dan Lee Jung-eun, mengisahkan tentang seorang wanita yang mendapati dirinya berada dalam tubuh wanita berusia 50-an setiap kali apabila matahari terbit. Kemudian pada waktu malam, dia kembali dalam badannya yang berusia 20-an.
Menurut Nielsen Korea, episod pertama drama itu telah berjaya mencatat rating memuaskan mencecah 4%. Ini menunjukkan rekod yang bagus jika dibandingkan dengan “The Atypical Family” yang hanya mencatat rating 3.3% ketika awal siaran.
Sementara itu, “Miss Night and Day” ditayangkan pada setiap hari Sabtu dan Ahad menerusi Netflix.
Jangan lupa tonton!