Setelah lama menanti, drama “Good Partner” akhirnya telah pun mula ditayangkan!
Bagi yang belum tahu, “Good Partner” mengisahkan tentang perjuangan antara dua peguam perceraian yang sangat berbeza iaitu Cha Eun-kyung (Jang Na-ra), seorang peguam yang sudah 17 tahun bekerja di Firma Peguam Daejung dan Han Yu-ri (Nam Ji-hyun), seorang peguam yang masih baru di sana.
Untuk episod pertama yang telah disiarkan pada 12 Julai, drama tersebut berjaya meraih rating mengagumkan sehingga mencecah 7.8% di seluruh negara.
Ini bermakna, ia telah mengalahkan “Connection” dengan rating sebanyak 5.7% untuk tayangan perdananya pada Mei lepas.
Sementara itu, “Good Partner” akan ditayangkan pada setiap hari Jumaat dan Sabtu.
Jangan lupa tonton!