Ikuti Kami:

Tetap Beri Sokongan Meski Sedang Berkhidmat, V & J-Hope BTS Hadiri Konsert Ke-100 IU

Tetap Beri Sokongan Meski Sedang Berkhidmat, V & J-Hope BTS Hadiri Konsert Ke-100 IU

Meskipun sedang berkhidmat dalam tentera, V dan J-Hope tetap tidak ingin melepaskan peluang untuk menghadiri konsert IU!

Pada 22 September, IU telah mengadakan konsert penutup untuk konsert jelajahnya ‘2024 IU HEREH WORLD TOUR CONCERT ENCORE : THE WINNING’, yang berlangsung di Stadium Piala Dunia Seoul.

Selain itu, ini juga merupakan konsert ke-100 dalam kerjaya IU, sekaligus mencipta rekod sebagai penyanyi wanita pertama yang menganjurkan konsert solo di stadium terbesar di Korea Selatan.

Bukan sahaja peminat yang datang memenuhi stadium malahan, ramai rakan artis termasuklah V dan J-Hope BTS turut dilihat hadir bagi memberi sokongan buat IU.

Malahan ketika wajah V dipaparkan di skrin sewaktu lagu “Love Wins All” dimainkan, J-Hope juga sempat merakam reaksi lelaki itu yang pernah muncul dalam muzik video itu untuk lagu berkenaan.

Sementara itu, selebriti lain yang juga menghadiri konsert tersebut adalah Yoo In-na, Sakura dan Chae-won LE SSERAFIM, Johnny dan Do-young NCT serta ramai lagi.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...