Keputusan Park Sung-hoon baru-baru ini telah mengecewakan ramai orang.
Terbaru di laman Instagram, Park Sung-hoon telah mengumumkan kolaborasinya bersama Burger King, dengan memuat naik video di mana dia mempromosikan burger baru ‘Beef Party Ragu’.
Sejurus selepas hantaran itu dimuat naik, netizen kebanyakannya kecewa memandangkan Burger King adalah salah satu jenama yang sedang diboikot secara global kini kerana sokongan mereka pada Israel untuk menyerang Palestin.
View this post on Instagram
Malahan di ruangan komen juga turut dibanjiri dengan kecaman dari orang ramai yang memintanya untuk lebih prihatin tentang apa yang sedang berlaku di dunia kini. Antara komen yang ditulis,
- Tolong jangan sokong pembunuhan beramai-ramai.
- Tapi jenama tu kan…
- Maaf, saya tak boleh mengikuti awak lagi dah.
- Boikot!!!
- Saya boikot awak dan jenama itu.
Hmm Park Sung-hoon ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.