Ikuti Kami:

Terus Popular, Rating ‘Royal Secret Agent’ Lepasi Lebih 10%

Terus Popular, Rating ‘Royal Secret Agent’ Lepasi Lebih 10%

Nampaknya drama lakonan Kim Myung-soo, Kwon Na-ra dan Lee Yi-kyung berjaya meraih rating yang tinggi pada saban episod.

Sinopsis ringkas

Sung Yi-kyum (Kim Myung-soo) merupakan seseorang yang hidup untuk waktu ini sahaja dan tiada cita-cita untuk masa depannya. Dia yang mendapat tempat pertama ketika peperiksaan perkhidmatan awam telah ditangkap berjudi dan dihukum bertugas sebagai inspektor rahsia diraja. Drama ini mengikuti pengembaraannya dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berbangkit dalam masyarakat Joseon.

episod awal secret royal agent

Rating cecah 10%

Meskipun turut memaparkan babak sedih dan mendebarkan, namun “Royal Secret Agent” juga berjaya membuatkan penonton tertawa dengan elemen kelakarnya. Bahkan siapa sangka bahawa pasukan keserasian gandingan Yi-kyum (Kim Myung-soo), Da-in (Kwon Na-ra) dan Chun-sam (Lee Yi-kyung) yang bekerjasama untuk membongkar jenayah dalam golongan pentadbir mampu membuatkan ramai yang melekat di hadapan televisyen.

Sampaikan drama ini terus mencipta rekod baru pada saban episod! Terbaru, “Royal Secret Agent” telah melakar rekod peribadi iaitu dengan catatan rating 7.7% dan 11.6% sekaligus pertama kali ianya melepasi garisan 10%.

Hanya tinggal lagi 6 episod, rasanya “Royal Secret Agent” akan terus mencipta rekod baru nanti. Setuju tak?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...