Ikuti Kami:

Terus Diusik Meski Dah Tiada, Episod Pertama ‘Running Man’ Tanpa Lee Kwangsoo Raih Respon Positif

Terus Diusik Meski Dah Tiada, Episod Pertama ‘Running Man’ Tanpa Lee Kwangsoo Raih Respon Positif

Walaupun berduka dengan pengunduran diri Lee Kwang-soo, namun “Running Man” terus berlari seperti biasa.

Dinantikan ramai penonton terutamanya peminat setia, semalam menandakan pertama kali tayangan program popular itu tanpa pelakon tersebut.

lee kwangsoo running man

Walaupun sudah tiada lagi di dalamnya, namun ahli “Running Man” tidak lupa untuk menyebut nama Lee Kwang-soo dalam beberapa babak episod kelmarin, terutamanya Yang Se-chan.

Malah suara Lee Kwang-soo sempat melakukan kameo apabila dia menghubungi Yoo Jae-suk ketika rakaman sedang berlangsung. Yang kelakarnya, pengacara veteran itu terus memotong percakapannya dan meletakkan telefon seperti gurauan kebiasaan mereka,

Kami tengah shooting, letak dahulu.

Melihatkan episod pertama tanpa Lee Kwang-soo itu, ini ialah respon penonton:

Episod yang kelakar dan permainannya adalah menyeronokkan. Awak boleh nampak yang ahli lain berusaha keras untuk mengisi tempat Lee Kwang-soo.

 

Saya sentiasa seronok apabila dalam melihat ‘Bad Ji-hyo’ dan sentiasa kagum melihat watak ‘ace’nya. Ji-hyo sentiasa menghiburkan apabila dia menunjukkan sisi buruknya.

 

Bestlah episod ini, tak sabar tunggu minggu hadapan.

 

Episod yang baik untuk era baru ini, harap mereka dapat kekalkan tenaga ini pada tayangan akan datang.

 

Sudah sebulan sejak ‘Running Man’ menjemput tetamu. Adakah ini cara produser membantu mereka untuk utuhkan kerjasama antara ahli sementelah Lee Kwang-soo tiada selain memberikannya masa tayangan lebih sebelum dia keluar. Episod minggu hadapan pun nampak kelakar.

Seronoknya apabila membaca respon positif buat episod terbaru “Running Man” ini, korang dah tengok?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...