Ikuti Kami:

Terus Dikritik, Babak Ranjang ‘The Queen Who Crowns’ Didedahkan Perlu Ada Dek Isu Wang?

Terus Dikritik, Babak Ranjang ‘The Queen Who Crowns’ Didedahkan Perlu Ada Dek Isu Wang?

Ini sebenarnya mengapa “The Queen Who Crowns” terpaksa meneruskan babak ranjang di dalam naskhah itu meskipun terdapat pendapat bercampur mengenainya.

Drama “The Queen Who Crowns” telah menjadi topik hangat walaupun selepas tamat tayangan. Adegan intim pelakon Cha Joo-young, Lee Hyun-wook, dan Lee Yi-dam menjadi bahan spekulasi dengan dakwaan tentang pelakon pengganti dan paksaan untuk melakukan adegan tersebut.

Menurut hasil siasatan media, adegan babak ranjang yang melampau dalam drama itu ditambah secara tergesa-gesa kerana masalah kekurangan kos produksi.

Pada asalnya, “The Queen Who Crowns” ialah hasil kerjasama Studio Dragon dan JS Pictures. Menurut pihak industri penyiaran, jumlah kos produksi naskhah itu dianggarkan sekitar 20 bilion won. Seperti kebanyakan projek masa kini, “The Queen Who Crowns” juga bertujuan untuk mengimbangi kos produksi melalui tayangan global di platform OTT seperti Netflix.

Sebenarnya, Netflix mempunyai hak keutamaan untuk menayangkan secara global drama-drama yang diterbitkan oleh Studio Dragon dan disiarkan di tvN. Biasanya, projek besar yang dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Kim Soo-hyun dan Kim Ji-won, seperti “Queen Of Tears” akan dipilih. Namun, “The Queen Who Crowns” tidak terpilih dalam senarai awal.

the queen who crowns

Akibatnya, tvN dan Tving, yang berada di bawah kumpulan CJ yang sama dengan Studio Dragon, memutuskan untuk bekerjasama dalam perancangan “The Queen Who Crowns” untuk mengurangkan beban kos produksi.

Sebelum ‘Won-Gyeong,’ terdapat drama lain yang diterbitkan oleh kerjasama antara tvN dan Tving, iaitu “No Gain No Love” yang disiarkan tahun lepas. Kedua-dua drama ini ditayangkan secara serentak di tvN dan Tving sebagai Original.

Namun, dalam kes “No Gain No Love”, perbezaan antara tayangan di tvN dan Tving adalah kecil. Tetapi, dalam “The Queen Who Crowns”, penambahan penonton bertaraf 19 tahun ke atas menjadi syarat tambahan.

Namun, ketika kerjasama ini diputuskan, penggambaran drama tersebut sudah pun berjalan. Disebabkan kenaikan kos, penggambaran tambahan dalam bentuk versi pengarah adalah sukar. Oleh itu, keputusan dibuat untuk menggunakan pelakon pengganti dan CGI dalam adegan ranjang. Babak pendedahan dada yang pada asalnya tidak dirancang telah ditambah secara paksa.

Macam-macam..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   My Daily

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...