Ikuti Kami:

Terus Diam Menyepi, Ini Punca 6 Pelakon Korea ‘Hilang’ Dari Industri

Terus Diam Menyepi, Ini Punca 6 Pelakon Korea ‘Hilang’ Dari Industri

Semua pasti tahu K-Drama sangat popular dengan lakonan mantap daripada barisan pelakon yang sangat menjiwai watak.

Namun, beberapa pelakon ini memilih untuk berhenti dari menyajikan aksi hebat kepada penonton atas sebab tertentu.

Kim Hyunjoong

Kim Hyunjoong now

Kim Hyun-joong telah terlibat dalam skandal dengan bekas teman wanitanya. Dia didakwa cuba cederakan mangsa secara fizikal namun, kes itu dapat diselesaikan. Meskipun kes itu telah diselesaikan, imej lelaki itu sudah tercalar dan ramai orang tidak berpuas hati apabila dia cuba untuk membuat kemunculan semula.

Han Yeseul

Han Yeseul now

Pelakon ini telah menjadi bualan hangat apabila dia terbang ke Amerika Syarikat ketika dia sepatutnya menjalani penggambaran sebuah projek. Han Ye-seul mendapat banyak kritikan kerana dia tidak muncul dan akhirnya mendedahkan bahawa dia tidak berpuas hati dengan persekitaran kerja dan penerbitnya. Dramanya akhirnya dirakam di tengah-tengah kontroversi ini dan dia mengambil keputusan untuk berehat selepas itu.

Han Jisun

Han Jisun

Han Ji-sun terjebak dalam satu skandal pada 2019 apabila dia menyerang pemandu teksi ketika mabuk. Dia memukul pemandu dengan botol, dan berita itu telah disiarkan secara meluas. Oleh itu, imejnya telah tercalar. Dia terpaksa melepaskan dramanya “The Secret Life of my Secretary” dan tidak lagi dilihat umum sejak itu.

Lee Kyungyoung

Lee Kyungyoung nnow

Pelakon ini telah ‘hilang’ selama lebih sedekad, tetapi sebabnya jelas. Pada tahun 2002, Lee Kyung-young didakwa melakukan kes pelacuran bawah umur dan didapati bersalah atas perkara yang sama. Kesalahan ini telah menimbulkan kontroversi besar di Korea, dan semua projeknya kemudiannya dihentikan. Dia juga dijatuhkan hukuman penjara dan mendapat larangan daripada banyak stesen tv.

Kim Heejung

Kim Heejung now

Kim Hee-jung terkenal sebagai pelakon kanak-kanak dan telah memulakan kerjaya pada tahun 2000. Pelakon itu perlahan-lahan menjauhkan diri daripada industri dan membuat sedikit penampilan awam sejak 2007. Namun secara tiba-tiba, Kim Hee-jung diam tanpa sebarang berita dalam dunia seni hiburan.

Lee Taeim

Lee Taeim now

Lee Tae-im bersara daripada industri hiburan Korea pada 2018. Namun hal ini tidak dimaklumkan kepada agensinya pada ketika itu. Tiada khabar angin atau spekulasi mengenai perkara yang sama. Selepas bersara, dia menutup semua akaun media sosialnya dan berterima kasih kepada peminat sebelum menghilangkan diri.

Doakan yang terbaik buat semua!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...