Sepertinya ada K-Drama terbaru yang tidak menerima sambutan hangat meskipun mempunyai pelakon yang besar.
Menurut Nielsen Korea, rating “Serendipity’s Embrace” terus menurun di mana ia bermula dengan 3.88%, tetapi menurun ke 2.66%, penurunan sebanyak 0.04% daripada episod sebelumnya yang mencatatkan rating 2.7%.
Catatan ini agak membimbangkan memandangkan purata rating untuk rangkaian popular seperti tvN dianggap sekitar 6-8%.
Ulasan terkini di laman komuniti dari pendapat seorang wartawan mengenai drama tersebut, di mana ia dikritik kerana hambar dan penuh dengan klise. Tambahan pula, tayangan perdana drama ini turut siri ini ditangguhkan lebih dari setahun lamanya.
Netizen telah memberikan respon pro-kontra di mana ramai bersetuju bahawa walaupun lakonan Chae Jong-hyeop baik, jalan ceritanya membosankan.
Namun, ada juga yang memuji drama dan jalan ceritanya, dengan beberapa mengatakan bahawa mungkin rating rendah adalah disebabkan ia disiarkan semasa Olimpik.
Apa kata korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.