Agensi Han So-hee telah mengumumkan bahawa mereka akan mengambil tindakan tegas bagi melindungi artis mereka.
Pada 18 Mac, agensi Han So-hee iaitu 9ATO Entertainment telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai dakwaan serta kontroversi yang menimpa pelakon tersebut.
Di mana, mereka telah menyatakan bahawa Han So-hee sedang melalui masa yang sukar kerana khabar angin serta komen jahat berhubung dengan hubungannya bersama Ryu Jun-yeol.
Mereka berkata,
Disebabkan Han So-hee merupakan seorang pelakon, kami merasakan bahawa ianya perkara biasa jika dia mendapat perhatian ramai. Namun, Han So-hee sedang melalui masa yang sukar disebabkan oleh berita serta dakwaan palsu.
Tambah mereka,
Kami telah membuat keputusan untuk mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang menyebarkan dakwaan serta berita palsu mengenai artis kami.
안녕하세요. 9아토 엔터테인먼트입니다. pic.twitter.com/FQtBt8q1X6
— 9atoent (@9atoent) March 18, 2024
Sambung mereka,
Kami juga akan lakukan yang terbaik bagi mengutamakan keselamatan artis kami.
Hmm..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.