Jennie akhirnya tampil bersuara mengenai kontroversi yang menyelubungi dirinya.
Baru-baru ini, Jennie BP teruk dikecam selepas ‘ditangkap’ menghisap rokok elektronik dalam kawasan terlarang, menerusi sebuah vlog percutiannya ketika di Itali.
Selepas pelbagai kecaman, wanita itu mengaku kesalahannya dan meminta maaf kepada semua orang yang terkesan.
안녕하세요.
OA엔터테인먼트입니다.지난 2일 공개된 콘텐츠 내 제니의 행동에 불편함을 느끼신 모든 분께 진심으로 사과의 말씀을 전합니다.
제니 또한 실내에서 흡연한 점, 그로 인해 다른 스태프분들에게 피해를 드린 점에 대해 반성하고 있으며 당시 현장에 있던 스태프에게도 직접 연락을 취해… pic.twitter.com/pAQnXOBg19
— OA (@oddatelier) July 9, 2024
Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan agensi:
Hello.
Ini adalah OA Entertainment.Kami memohon maaf kepada semua orang yang berasa tidak selesa dengan tindakan Jennie dalam kandungan yang dikeluarkan pada 2hb.
Jennie mengakui dan amat menyesali kesilapannya vape di kawasan dalam bangunan dan menyebabkan ketidakselesaan kepada kakitangan. Jennie secara peribadi telah meminta maaf kepada semua kakitangan di lokasi yang mungkin terkesan.
Kami memohon maaf kepada peminat yang kecewa dengan kejadian ini. Kami berharap dapat mengelakkan perkara ini daripada berulang lagi pada masa hadapan.Terima kasih.
Semoga Jennie ambil pengajaran..