Selepas 6 tahun, Min-gyu SEVENTEEN akhirnya kembali menemui peminat di Malaysia!
Malam semalam, Min-gyu telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, bagi membuat penampilan istimewa di acara Snickers Malaysia yang akan diadakan di Sunway Pyramid pada hari ini.
Bukti ramai yang menantikan kedatangannya, CARAT dilihat mula beratur di luar pusat beli-belah itu seawal jam 5 pagi, bagi berpeluang untuk melihat Min-gyu dengan jarak yang lebih dekat.
Situation update for Mingyu Snickers event inside sunway pyramid 🤐
It’s PACKED guys and its not even 10am yet pic.twitter.com/uT5InEqqnS
— JUN’S FLUFFIEST HUGGERS (@aisyahlifeu) July 5, 2025
Meskipun acara itu akan bermula pada jam 1:30 petang nanti, ribuan peminat juga telah memenuhi Sunway Pyramid dan setia menunggu kemunculan ahli SEVENTEEN itu.
Dengan populariti mereka di sini yang tak perlu disangkal lagi, peminat berharap agar agensi akan membawa konsert jelajah SEVENTEEN ke Malaysia pada masa hadapan.
Meriah habis!